Monday, September 20, 2010

Potong gaji atasi peminjam liat


SEMUA pelajar yang meminjam dengan PTPTN dikehendaki membayar balik pinjaman mereka melalui potongan gaji mulai Jun 2011. - Gambar hiasan
kosmo....TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayar pinjaman mereka akan diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ismail yang memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lalu berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.
Katanya, cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.
"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini semalam.

komentar..
HaK HaK.......ha ha... pe ne..
berapa ramai graduan mengganggur,
PTPTN bukan skim membantu pelajar tapi...
Jana duit poket sendiri.......
oit chop...chop.. kami ALONG kami bukan nak TOLONG
ha ha ha

No comments:

Post a Comment