KEDIAMAN yang bersih dan kemas penting untuk kesihatan keluarga selain mencerminkan peribadi anda.
Lantaran itu, ramai menghabiskan masa hujung minggu membersih dan mengemas kediaman terutama ruang dapur.
Segenap ruang dibersih kan termasuk percikan minyak masak yang melekit, kesan tumpahan makanan di kaunter dapur dan lantai selain rak serta almari dapur berhabuk.
Jika anda tiada masa membersihkan kesan kotoran dan minyak yang melekat pada sinki dan dapur, gunakan pencuci serba guna serta lap dengan segera.
Lantai dapur lebih cepat kotor dan melekit berbanding ruang lain.
Anda boleh menggunakan pembersih lantai yang berbau harum, seperti bau bunga mawar dan tentu keseluruhan ruang dapur lebih segar.
Panduan berikut mungkin membantu meringankan bebanan tugas mengemas di dapur:
1) Bagi membersihkan bahagian getah di pintu peti sejuk, semburkan pencuci khas serba guna kira-kira 20 sentimeter (sm) hingga 30 sm daripada getah.
-Anda tidak perlu membilasnya.
2) Bagi membersihkan sinki dapur dan besen cuci tangan yang tersumbat, anda hanya perlu menggunakan pencuci khas.
3) Sembur pencuci cermin dan kaca ke atas permukaan dan lap dengan kertas surat khabar untuk membersihkan cermin tingkap.
No comments:
Post a Comment