Tuesday, September 21, 2010

Dataran Shah Alam litar lumba awal pagi


SHAH ALAM: Lebih 100 Mat Rempit terdiri daripada pelajar menjadikan Dataran Shah Alam dan kawasan sekitarnya sebagai litar lumba pada awal pagi terutama pada hujung minggu.
BERKUMPUL...Mat Rempit berkumpul di Dataran Shah Alam sebelum berlumba.
BERKUMPUL...Mat Rempit berkumpul di Dataran Shah Alam sebelum berlumba.
TONTON...sebahagian daripada Mat Rempit melihat rakan mereka beraksi.
TONTON...sebahagian daripada Mat Rempit melihat rakan mereka beraksi.
Kegiatan itu aktif terutama pada hujung minggu antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Aksi berbahaya mereka boleh mengundang padah, tetapi semua itu tidak menjadi pertimbangan, malah ada yang lebih berani melakukan aksi ‘wheely’ bagi menunjuk-nunjuk kejaguhan masing-masing.

Sikap tidak peduli ibu bapa menyebabkan masalah remaja merempit terus menjadi masalah kepada pihak berkuasa walaupun rata-rata mereka yang melakukan aksi itu pelajar dari sekolah menengah berhampiran.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Alif, berkata kegiatan terbabit aktif terutama pada malam Sabtu dan Ahad.

Katanya, kebanyakan rakannya yang merempit datang dari daerah ini dan Klang dengan menjadikan Daratan Shah Alam sebagai tempat menguji kelajuan enjin mereka yang diubah suai.

Menurutnya, ada juga di kalangan Mat Rempit terbabit yang meminjam motosikal daripada ibu bapa dengan alasan mahu ke rumah kawan.

“Kadangkala jika bosan kami akan bertaruh untuk suka-suka bagi mendapatkan duit poket,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah menyerbu kawasan berkenaan berkali-kali, tetapi kini kegiatan terbabit aktif kembali.

Katanya, kegiatan terbaru itu membabitkan pelajar yang terikut-ikut dengan ajakan rakan untuk berlumba.

“Masalah berkaitan Mat Rempit ada dua perkara. Pertama orang dan kedua motosikal. Kalau satu daripadanya tiada maka tiada kegiatan rempit, “ katanya.

No comments:

Post a Comment