Monday, September 20, 2010

anugerah datuk datuk datuk..........pishhh



LILLE Perancis 19 Sept. - Seorang lelaki Perancis yang kudung kedua-dua kaki dan tangannya dalam satu insiden kejutan elektrik, berjaya berenang merentasi Selat Inggeris semalam.
Philippe Croizon, 42, yang melakukan persiapan dua tahun bagi cabaran itu, berenang dari Folkestone, selatan England kira-kira pukul 8 pagi semalam (2 pagi semalam waktu Malaysia) dan tiba di pantai Perancis berhampiran Wissant lebih kurang pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Dia berenang dengan bantuan kaki palsu berbentuk sirip yang direka khas.
Hah... mungkin ia menyuntik semangat OKU kat Malaysia untuk pergi berenang Selat Inggeris juga.

Pada 3 Ogos 2003, Abdul Malik dibiayai RM1.6 Juta oleh Yayasan Bukhary utk capai matlamatnya sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya merentasi Selat Inggeris apabila menamatkan renangan selama 17 jam 30 minit dan 15 saat. Meskipun timbul kontreversi isu meninggalkan sembahyang demi menyahut “Malaysia Boleh”, Abdul Malik telah dikurniai “Datuk”. Selepas itu, seorang rakyat Malaysia,Dr Lennard Lee yang juga pelajar perubatan Cambridge University berenang tanpa henti menyeberangi selat itu sejauh 33.6 km dalam tempoh 9 jam 45 minit pada 15 Julai 2004. Tak tahulah boleh pingat Datuk ke tidak.

Cubaan perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang waktu London ekoran air pasang dan tiupan angin kencang melanda Selat Inggeris pada tahun lepas. Zahra yang baru berusia 17 tahun cuba untuk mencatatkan rekod Wanita Malaysia Pertama yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris.
Pada penghujung tahun 2004, Sharifah Mazlina telah berjaya menjejakkan kaki ke Kutub Selatan apabila merentasi Antartika sejauh 1,127 kilometer dengan mengambil masa 22 hari. Ini mengatasi rekod yang dipegang oleh seorang lelaki warga Britain yang telah melalui ekspedisi yang sama selama 24 hari. Beliau dianugerah Pingat Datuk tetapi ditarik balik bersama Datuk Chua Jeng Meng di Johor.

Penjelajah muda, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin 28, memulakan Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai dengan percubaan untuk menawan Gunung McKinley di Amerika Syarikat yang merupakan gunung paling sejuk di dunia. Dengan cuaca melampau dan suhu yang boleh mencecah di bawah tahap beku iaitu sehingga -70 darjah celsius, Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin bakal menempuh bahaya rekahan ais yang mampu meragut nyawa pendaki pada bila-bila masa. Selain Gunung Everest di Asia, Qobin merancang untuk menakluk gunung tertinggi di benua Afrika, Antartika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.
Qobbin merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara pada tahun 2004. Beliau bersama temannya Ahmad Reduan Rozali(22 tahun) berjaya mendaki Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut. Ekspedisi bersama 19 rakyat Malaysia , turut disertai Dato Dato Khalid Yunus telah membabitkan kos RM2.4 juta, dianjurkan bersama UiTM dan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua.
Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera Umno semalam berjaya mencatat sejarah sebagai kumpulan belia pertama membuat penerjunan di Kutub Utara.Kumpulan 16 orang termasuk 12 bekas ‘mat rempit’ berusia 19 hingga 24 yang kini anggota Putera Umno itu, terjun dalam dua pasukan pada ketinggian 6,000 kaki dan 5,000 kaki dari helikopter MI-8 milik penganjur Russia, pada jam 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia). Datuk Abdul Azeez, Boss Putera UMNO kemudian memakaikan pingat penerjunan kepada 12 penerjun Putera Umno serta Azlan dan Abdul Karim sambil disaksikan Abdul Rahim.
Suasana menjadi sayu seketika apabila penerjun muda Putera Umno saling berpelukan menangis kegembiraan pada upacara pemakaian pingat itu. Pasukan ekspedisi itu kemudian menyanyikan lagu Negaraku dan Umno sebelum berlepas pulang. Berapa juta dibelanjakan untuk mengibarkan jalur gemilang di Kutub tersebut yang tiada sorang manusia pun disitu? Projek-projek.

Selepas ni rekord apa pulak nak dipecahkan. Bagaimana dalam bidang keilmuan dan kesarjanaan. Apakah rekord yang dimiliki oleh Malaysia? Alangkah baiknya duit yang berjuta itu dibelanjakan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Taklah Universiti Malaysia mempunyai kedudukan tercorot didunia. Dengan duit yang ada, berilah sokongan kepada pelajar pintar untuk mencapai impian keilmuan mereka. Taklah jadi seperti Suffiah, kelahiran Johor yang pintar matematik akhirnya menjadi pelacur di U.K kerana desakan hidup dan meranapkan semua impian.

Nak bagi pingat datuk pun pilih-pilihlah. Semoga ia menjadi penggarap sebenar kepada rakyat jelata demi menggambarkan penggorbanan terhadap agama, bangsa dan Negara. Takkah bagi kat Shah Rukh Khan yang entah apa faedahnya. Janganlah sampai yang dapat pingat pulak buat jenayah yang terpampan didada media. Memalukan. Sekarang ni Datuk berbayar bersepah. Kekadang heran jugak. Manusia mengejar kepada pingat, nama, glamour meskipun terpaksa berhabis duit yang banyak. Sanggup menyabung nyawa mereka sendiri? Apakah matlamat mereka? Kerana Allah kah? Kerana Islam? Ada pahala ke? Dituntut oleh Rasulullah kah? Atau hanya terperangkap dengan kehendak-kehendak nafsu dan syahwat pemimpin demi kepentingan mereka disebalik itu?

No comments:

Post a Comment