Thursday, September 23, 2010

Istinggar: Malay flintlock Musket







Salam blogging saya ucapkan. Hari ini saya akan membincangkan mengenai satu lagi senjata api Melayu yang amat terkenal pada zaman dahulu iaitu istinggar. Seperti juga rentaka, hari ini istinggar hampir tidak diketahui langsung oleh generasi muda. Dipercayai istinggar telah mula digunakan pada zaman Melayu Melaka lagi dan ianya adalah diantara senjata yang dirampas selepas Portugis berjaya menawan Melaka. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah rupanya istinggar. Sebenarnya istinggar juga dikenali sebagai Flintlock Musket dalam bahasa inggeris dan saya rasa anda pasti pernah mendengar mengenai The Three Muskertiers...yang cerita lawak tu...ok back to the point.

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Hikayat ini menunjukkan bahawa sememangnya orang Melayu sudah pandai menggunakan senjata api seperti istinggar dalam peperangan dan tidak hanya bergantung kepada keris,tombak,lembing dan parang semata-mata seperti yang dikatakan oleh orientalis barat.

No comments:

Post a Comment