mystar...
Cadangan Pembaca Blog Kerajaan Bayar Bonus Sebulan Gaji Wajar
PETALING JAYA: Saranan pembaca blog 1Malaysia yang mahukan kerajaan membayar bonus tahunan sebulan gaji atau minimum RM1,500 kepada petugas awam adalah wajar dipertimbangkan dan tidak dilihat sebagai permintaan yang keterlaluan.
Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sebelum ini Cuepacs juga pernah mengemukakan cadangan seperti itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pada Jun lalu.
Menerusi surat rasmi yang dihantar kepada Perdana Menteri, Cuepacs telah menyatakan beberapa saranan, termasuklah bayaran dua bulan bonus kepada kakitangan kerajaan.
"Sebelum Belanjawan Negara 2011 dibentangkan, kita berharap sangat kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan ini.
"Sebagai individu yang mewakili semua penjawat awam di negara ini ingin saya katakan kalau tidak meminta kepada kerajaan, hendak minta kepada siapa lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Katanya, sebagai tulang belakang dan jentera penggerak kerajaan permintaan tersebut dilihat tidak keterlaluan dan jika bonus dibayar, ia diterima sebagai penghargaan kerajaan untuk penjawat awam.
"Pekerja-pekerja awam menjalankan tugas dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Mereka berkhidmat demi kepentingan negara, setia dengan kerajaan tanpa perasaan berbelah- bahagi.
"Bonus juga adalah tanda penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan-cadangan pembaca blog 1Malaysia selepas Perdana Menteri mempelawa rakyat berkongsi pemikiran melalui entri blog www.1Malaysia.com.my, belanjawan negara 2011: Pemikiran Daripada Rakyat.
Omar menjelaskan bayaran bonus seperti yang disarankan itu juga tidak mustahil dilaksanakan kerajaan memandangkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dalam tempoh tiga suku pertama tahun ini.
Pakar-pakar ekonomi turut menjangkakan akan berlaku peningkatan positif dalam ekonomi Malaysia pada masa akan datang berdasarkan laporan-laporan yang dibentangkan.
"Tahun lepas kita cuma dibayar RM500. Kita faham keadaan ekonomi pada masa itu agak kritikal dan kerajaan sendiri sudah beri penjelasan mengenainya, kita akur.
"Sebelum Aidilfitri baru-baru ini juga kerajaan telah memberikan RM500, tetapi ianya tidak melibatkan kesemua penjawat awam," katanya.
Pun begitu, beliau menafikan cadangan berhubung bayaran bonus dua bulan gaji itu akan membebankan kerajaan.
"Pekerja-pekerja hanya bersuara dan mengemukakan permohonan dengan mengambil kira perbelanjaan tambahan lain untuk uruskan keluarga. Kalau ada duit lebih mungkin boleh pergi melancong ke dalam negara atau sebagainya.
"Tapi, keputusan tetap akan dibuat oleh kerajaan tertakluk kepada perkiraan dan kemampuan. Kita tak mendesak," katanya.
Cuepacs bagaimanapun yakin kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini, seterusnya dapat membayar bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam termasuklah kepada pekerja berstatus kontrak dan pesara.
Menurut Omar, selama ini hampir semua penjawat awam berkhidmat dengan ikhlas dengan kerajaan, memperbaiki imej kerajaan selain berusaha meningkatkan produktiviti.
"Kita tak macam pekerja di luar negara yang buat demonstrasi atau tunjuk rasa marah dengan kerajaan jika tak dapat bonus. Sebaliknya kita terus berkhidmat sebaik mungkin.
"Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah pembentangan Belanjawan Negara 2011 tidak lama lagi," katanya.
HAHAHA ni satu bhanggalll.......
sabtu ahad nak cuti memanjang
kalau satu minggu tu mesti ada cuti paling tidak kurang pun satu hari
khursus sana sini
PENJAWAT AWAM PIKIR CAMNER diorang nak perhabis duit swasta.....
loan rumah murah...
loan peribadi bank rakyat ke apa-apa bank je la diorang kebas semua
ni lagi satu LANCHIAW.....
pekerja swasta berhempas pulas mencari pekerjaan
siang malam ibarat mencakar tanah
kais pagi petang
kadang - kadang menangis sendiri bila company tempat dia kerja bankrap
sedarlah penjawat awam bekerja la sebaik-baiknya bukan ambil gaji pastu cuti memanjang.
No comments:
Post a Comment