Thursday, August 23, 2012
KESIAN DIA MASIH BERKERJA DIHARI RAYA
Kesian........
atasi masalah lelah anda
Buah Ara |
Lelah atau Penat atau Asthma merupakan
penyakit biasa di kalangan kita. Ada yang kena sejak kecil dan ada yang
dewasa baru terkena. Biasanya ia disebabkan oleh:
- Alahan kepada debu, makanan, minyak wangi dll.
- Senaman terlebih sampai semput atau ketawa berlebihan sampai naik lelah.
- Masalah emosi. Risau, seronok atau takut sangat sampai naik lelah.
- Kombinasi sebahagian atau kesemua di atas.
Ada berbagai petua orang tua yang kita dengar bagi merawat masalah
penyakit penat ini. Kebanyakannya masih tidak ada bukti saintifik yang
membenarkannya. Tetapi ia tetap popular dan masih ada yang mencubanya.
maklumlah, bila sakit apa saja yang orang kata untuk melegakannya kita
cenderung untuk ikut. Antara petua tersebut adalah:
- Telan anak tikus
- Makan permaisuri anai-anai yang besar duduk dalam tanah tu.
- Makan anak burung merpati.
- Ada juga yang percaya jika telan sarang labah-labah boleh ubati asthma. Kumpulkan sarang labah-labah, uli jadi bulat macam bola dan telah semua sekali gus.
- Ada kepercayaan orang Barat yang mempetuakan kita tidur atas bulu biri-biri yang dah di potong dan belum di basuh. Kononnya bulu biri-biri tersebut akan menyerap penyakit lelah itu.
- Keparcayaan orang barat juga menyuruh kita bela anjing Chihuahua, sejenis anjing Mexico yang bogel tak ada bulu lansung. Kononnya lelah akan pergi pada anjing itu dan anjing tidak terkesan dengan penyakit lelah.
- Ada juga kepercayaan untuk memakai loket batu ambar di leher bagi merawat dan melegakan asthma.
Walau apapun tak payahlah cuba resepi di atas. Kalau nak cuba juga lebih
baik anda cuba cara tradisional di bawah terlebih dahulu yang lebih
mudah dah tidak bahaya.
- Makan bawang putih. Cuba lenyekkan bawang putih seketul dan makan begitu saja. kalau tak boleh, campurkan bersama secawan jus limau dan minum. Setelah biasa, tambahkan kuantiti bawang putih sedikit demi sedikit. Seketul kepada dua ketul dan seterusnya sehingga 10 ketul. Lihat perubahannya.
- Kunyit sangat bagus untuk merawat asthma. Anda boleh cuba campurkan sesudu serbuk kunyit bersama dengan segelas susu. Minum sebanyak 2 atau 3 kali sehari. Elok diminum ketika perut kosong. Amalkan selalu dan lihat perubahannya.
- Buah ara juga boleh digunakan untuk merawat asthma. Buah ara adalah buah yang orang selalu bawa balik dari mekah bersama kurma. Buahnya banyak biji dan manis. Ambil 2 atau 3 ulas buah ara kering tersebut, basuh sebersihnya dengan air suam dan rendamkan ke dalam secawan air. Biarkan satu malam. Esoknya makan buah ara itu terlebih dahulu dan minum sekali air rendamannya. Lakukan selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan lihat perubahannya.
- Campurkan sesudu madu, 1/4 sudu jus bawang dan 1/8 sudu lada hitam dan minum. Ini juga salah satu cara merawat asthma
- Jika anda nafas anda mula berbunyi tanda asthma nak datang, segera 2 perca kain putih, rendam ke dalam cuka putih dan ikat longgar pada pergelangan tangan anda. Bagi kebanyakan orang ini mampu menghentikan serangan lelah mengganas dengan lebih teruk lagi.
- Makan 3 hingga 6 biji buah appricot satu hari. Jadikan ia amalan untuk merawat keadaan paru-paru anda yang teruk dilanda lelah.
- Ambil seberkas jug penuh dengan madu. Tunduk dan letakkan hidung anda betul-betul di atas madu tersebut dan tarik nafas perlahan-lahan. Udara terhasil dari madu itu membuatkan anda boleh bernafas dengan mudah dan tenang.
Ada banyak lagi petua secara tradisional yang ada. Insyallah lain kali
saya akan cuba sambung lagi. Selamat mencuba pada yang terkena penyakit
lelah.
Pembohongan tentang mutasi
Mutasi ialah pecahan atau sesaran di dalam kod genetik sesuatu organisma, atau DNA, akibat kesan radiasi atau kimia.
Mutasi juga merosakkan nukleotida (kumpulan molekul yang membentuk DNA, dinyatakan dengan huruf A, T, G dan C).
Mutasi berlaku secara rawak. Ia adalah kejadian tanpa sedar dan terjadi sepenuhnya secara kebetulan yang member impak ke atas struktur-struktur sempurna.
99% MUTASI ADALAH MERBAHAYA dan 1% tiada sebarang kesan. TIADA SATUPUN MUTASI BERMANFAAT YANG PERNAH DITEMUI.
Justeru itu, adalah MUSTAHIL untuk mutasi membentuk organisma lain yang lebih maju dan sempurna sebagaimana didakwa oleh para Darwinis.

Perubahan
akibat mutasi hanyalah seperti kesengsaraan yang dialami penduduk di
Hiroshima, Nagasaki atau Chernobyl; dalam erti kata lain, kematian,
kecacatan dan penyakit.
Mutasi TIDAK DAPAT MENAMBAH SEBARANG MAKLUMAT BARU DI DALAM DNA BENDA HIDUP.
Mutasi tidak dapat menambah informasi tentang sayap ke dalam struktur genetik seekor burung, misalannya. Mutasi hanyalah pecahan dan kecacatan dalam gen-gen organisma. Kerosakan dan kekurangan dalam sesuatu gen tidak akan dapat memberi sebarang maklumat baru kepada gen tersebut.

Fahaman salah bahawa kecacatan dalam replikasi DNA menyebabkan organisma berevolusi
Dakwaan Ergi Deniz Ozsoy: Kecacatan berlaku sewaktu DNA menyalin dirinya, akibat kesilapan berlakunya mutasi dan variasi genetik, dan mutasi berkenaan menyebabkan organisma berubah.
Dakwaan Ergi Deniz Ozsoy: Kecacatan berlaku sewaktu DNA menyalin dirinya, akibat kesilapan berlakunya mutasi dan variasi genetik, dan mutasi berkenaan menyebabkan organisma berubah.
DNA
disalin apabila setiap sel dalam tubuh manusia terbahagi. Pembahagian
sesuatu sel berlangsung antara 20 dan 80 minit, dan maklumat dalam DNA
perlu disalin dan digandakan dalam jangka masa tersebut. Dengan erti
kata lain, 3 bilion cebisan maklumat dalam DNA disalin tanpa ada
kesilapan atau ketinggalan.
Proses penggandaan berjalan sangat lancar sehinggakan kadar kesilapan hanyalah satu dalam 3 bilion pasangan asas.
Kesalahan yang satu ini dihapuskan oleh mekanisme kawalan yang lebih tinggi di dalam tubuh tanpa mengakibatkan sebarang masalah. Semasa DNA sesuatu sel disalin, enzim-enzim mengawal komposisinya.
Jika berlaku satu kesilapan yang tidak dapat ditebus semasa replikasi DNA, dan andai enzim gagal memperbaikinya – yang terakhir ini merupakan satu kemungkinan yang sangat jauh – ini bermakna satu kecacatan besar untuk DNA tersebut.
Untuk mendakwa bahawa satu campur tangan rawak yang akan menghapuskan susunan luarbiasa dalam molekul yang amat sempurna dan besar seperti DNA, yang membawa satu juta hamalan informasi, menambah maklumat baru ke atasnya, melambangkan satu kegagalan pemikiran yang serius.

-- credit kepada http://ms.harunyahya.com
Subscribe to:
Posts (Atom)