PENATAAN hiasan dalaman turut termasuk dalam bajet meraikan Syawal dan rumah terbuka supaya kelihatan berbeza sebaik tetamu bertandang.
Anda mungkin bosan dengan konsep dekorasi sedia ada dan inginkan menampilkan kelainan pada segenap penjuru ruang.
Biasanya ruang tamu diberi perhatian utama sebelum mengubah suai dan mencari perhiasan baru untuk bilik tidur, dapur dan bilik air.
Bagi yang berkemampuan, anda boleh mendapatkan khidmat pakar hiasan dalaman atau kontraktor menjalankan kerja pengubahsuaian.
Anda juga perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai bayaran yang dikenakan dan sebaik-baiknya buat perancangan teliti.
Bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, panduan berikut mungkin boleh membantu:
Buat tempahan dan membeli sendiri keperluan ruang berkenaan.
Lakukan sendiri kerja pengubahsuaian yang mudah seperti mengecat dinding.
Anda boleh belajar menggunakan teknik mengecat yang boleh didapati daripada buku atau laman web, tanpa perlu menggunakan khidmat tukang cat profesional.
Dapatkan idea baru menerusi akhbar dan majalah hiasan dalaman.
Bagi menambahkan keceriaan suasana, jangan takut untuk bermain dengan warna.
Paling penting rona yang dipilih sedap mata memandang dan memberikan ketenangan sepanjang masa.
Naikkan seri ruang tamu anda dengan membiarkan cahaya matahari masuk untuk suasana segar dan semula jadi.
Gunakan langsir jarang dan cerah supaya ia tidak menyekat cahaya.
Anda boleh menjahit sendiri kusyen dan sarungnya.
Perabot lama jangan dibuang sebaliknya boleh diubah suai penampilannya dengan cat baru.
No comments:
Post a Comment