Seorang ulama China Islam dari Yunnan sedang berbincang. Mereka melarikan diri ke sempadan Burma setelah Kesultanan Dali dimusnahkan tentera kafir Manchu.
Saya tertarik dengan sebuah artikel baru yang dilampirkan oleh anai-anai dalam blog Sejarahnegarakedah semalam. Artikel tersebut ditulis oleh Drs Khalil Lim iaitu Wakil Rakyat PERIKATAN, DUN Titi Serong, Perak. Artikel ini mendedahkan tentang keislaman jagoan Wushu yang amat terkenal bukan sahaja di China malah di seluruh dunia iaitu Wong Fei Hung. Saya akui artikel ini amat menarik jika kita lihat sekali imbas dan bagi orang Islam mungkin dianggap sebagai sesuatu yang membanggakan dan bagi yang bukan Islam pula mungkin sangsi dengan berita tersebut. Namun saya tergerak untuk menganalisis maklumat tersebut dari kacamata sejarah dan saya tidak boleh bias walaupun saya orang Islam. Terdapat beberapa kemusykilan atau keraguan tentang artikel tersebut. Satu daripadanya ialah si penulis asal tidak menyatakan sumber rujukan dan hasil kajian siapa yang mengesahkan bahawa Wong Fei Hung adalah Islam. Keraguan yang kedua ialah datang daripada fakta yang salah daripada penulis tersebut. Beliau menyatakan bahawa Dinasti Ch’in adalah Dinasti orang Manchu yang telah menumbangkan dinasti yuan Monggol. Padahal bukan Dinasti Ch’in atau ejaan yang lebih tepat sebenarnya Qing untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham dengan nama dinasti awal china iaitu Chin yang dibina Shih Huang Ti. Dinasti yang menumbangkan Yuan Monggol adalah Dinasti Ming! Kemudian dinasti Ming pula ditumbangkan oleh orang-orang Manchuria yang menubuhkan dinasti Qing atau Ch’in. Samaada ianya kesalahan yang sengaja dibuat bagi maksud-maksud tertentu atau ia memang hasil daripada kurangnya pengetahuan penulis tentang sejarah China saya pun tidak tahu.
Tapi persoalan utama yang nak diutarakan disini ialah apa motif anai-anai melampirkan artikel tersebut? Artikel tersebut tidak memberika sebarang hujah yang dapat menguatkan lagi dakwaan anai-anai tentang Islamnya dinasti Manchu, malahan artikel tersebut terang-terang menyebut bahawa Wong Fei Hung menentang kerajaan Manchu yang korup dan kejam. Hal ini memang terbukti dalam sejarah China kerana pada zaman Manchulah pemberontakan yang paling banyak dan paling besar pernah dilakukan oleh orang-orang Islam China, antaranya ialah pemberontakan Panthay 1856–1873 . Berjuta umat Islam dibunuh dalam pemberontakan ini oleh tentera Manchu!
Kesultanan Dali di Yunnan selatan China akhirnya dimusnahkan sama sekali oleh tentera kafir Manchu dengan bantuan persenjataan daripada Perancis. Walaupun Sultan Sulaiman atau nama sebenar beliau Du Wenxiu pernah meminta bantuan British tetapi tidak berjaya. Tetapi saya nak ingatkan disini bahawa kerajaan Islam Dali ini bukan orang Manchu tetapi Hui-Hui. Orang Hui sama dengan orang han tetapi berlainan agama sahaja dan mereka membenci orang Manchu seperti mana orang-orang Han juga. Kerajaan Dali ini hanya bertahan lebih kurang 30 tahun sahaja. Kalau tidak percaya silalah anda pergi ke Utara Thailand dan Burma atau ke Yunnan sendiri dan tanyakan kepada umat Islam disana tentang kekejaman kerajaan zaman Manchu. Bagaimana pula kerajaan berdaulat berketurunan Ahlul bait cina Islam Siam nai-nai ini tegar melakukan kekejaman terhadap bangsa seagama mereka? Sungguh tidak logik bukan? Manchulah yang paling banyak memusnahkan Masjid dan Kuil-kuil. Mereka asalnya adalah puak gasar yang kurang bertamadun. Mereka tidak cekap dalam pentadbiran, tetapi handal di medan pertempuran kerana itu nature mereka yang berasal dari kawasan Manchuria yang tandus dan keras.
Ini adalah Cop Mohor Sultan Sulaiman dari Kesultanan Dali di Yunnan. Mereka adalah daripada bangsa Hui yang sama dengan bangsa Han.
Ya, memang benar bangsa Monggol Yuan banyak yang memeluk Islam. Malahan Islam tersebar dengan lebih meluas pada zaman ini. Anda tahu kenapa? Sebab bangsa Monggol sebelum menjajah China lagi telah berjaya menjajah dunia-dunia Islam di sebelah barat China seperti Samarkhad, Uzbekistan, Turkistan,Kyrgistan dan Parsi serta banghdad. Dari sanalah mereka menyambung benang-benang tauhid dan mengenal Allah. Tetapi dengan harga yang amat mahal, iaitu kepala-kepala umat Islam banghdad dan Samarkhand serat darah-darah mereka yang mengalir bagaikan sungai sehingga separas buku lali! Hanya setelah mereka kalah di Ain Jalut dan diusir oleh tentera Mesir barulah mereka goyah dan ramai yang memeluk Islam.
Watikah proklemasi Kesultanan Islam Dali Oleh Sultan Sulaiman.
Di negeri China pula, oleh kerana bangsa Monggol ini amat lemah dalam melaksnakan sistem pentadbiran dan birokrasi maka kebanyakan daripada para pegawai istana adalah diambil daripada jajahan luar seperti negeri-negeri Islam yang tan-tan dijhujungnya termasuklah ramai orang-orang Uighurs yang beragama Islam. Hal ini kerana kerajaan Yuan berhati hati dan tidak mempercayai bangsa Han yang mungkin akan memberontak pada bila-bila masa. Pada zaman inilah ramai orang Islam dijadikan Gabenor di wilayah-wilayah China termasuklah Yunnan dan ramai tentera-tentera Islam dalam pasukan tentera Yuan menetap disini bersama Gabenor mereka. Dari wilayah inilah juga lahir Lanksamana Cheng Ho yang beragama Islam dan bapanya juga adalah Gabenor. Namun kerajaan Yuan tidak pernah menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan. Mengapa? Kerana majoritii besar penduduk China masih tidak dapat menerima Islam dan jika meraka mengenakan paksaan maka dikhuatiri akan berlaku pemberontakan besar-besaran. Ini semua politik yang mudah kita fahami.
Kejatuhan dinasti Yuan juga sebenarnya adalah hasil pemberontakan daripada masyarakat Islam Han sendiri. Mereka merasakan bahawa bangsa Monggol adalah bangsa asing yang perlu diusir dari China balik ke tempat asal mereka. Golongan pemberontak Islam ini ramai diantaranya adalah pegawai tinggi kerajaan Yuan sendiri dan mereka telah menubuhkan satu pakatan rahsia untuk menjatuhkan dinasti Yuan yang dianggap lemah dalam pentadbiran dan tidak pandai menjaga kebajikan rakyat awam. Akhirnya mereka berjaya menubuhkan dinasti Ming yang dikatakan Maharaja pertamanya mungkin Islam kerana penyokong kuat Maharaja tersebut yang membantu beliau menaiki takhta adalah orang-orang Islam. Tetapi masih banyak keraguan dan kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk membuktikan hal ini. Lagipu kajian sebegini agak sukar untuk dilakukan kerana ia melibatkan sejarah negara orang.
Rumusannya disini artikel yang dilampirkan anai-anai ini tidak membawa teori-teori beliau kemana-mana. Masih tang tu jugak dan masih meragukan. Malah artikel tersebut menabahkan lagi keraguan dan kepincangan dalam teori beliau mengenai keislaman kerajaan Manchu dan Siam nai-nai. Sekian.Wallahu a’lam
Lampiran artikel tersebut:
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).
(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.
Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton.
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).
Quot diatas ini saya rasa dari anai-anai sendiri...masih lagi nak menegakkan benang yang basah~Al Semantani
No comments:
Post a Comment