Tuesday, September 21, 2010

Pasangan muda kempunan berhibur



TIGA mangsa terbaring di atas jalan sementara menunggu ambulans tiba selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulalu Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN – Hasrat sepasang suami isteri muda untuk berhibur di sebuah pusat hiburan berkecai apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki bersama tiga lagi rakan mereka terbabas sebelum merempuh tembok dalam kemalangan di Kilometer 2.2 di Jambatan Pulau Pinang kelmarin.
Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan pasangan muda terbabit, Teh Bor Yi, 19 dan isterinya, Khor Lee Mui, 17, mati dua jam kemudian ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah di seluruh badan dan dalaman.
Dua lagi lelaki yang cedera ialah Lee Chun Hao, 17, dan Teh Bee Bee, 20. Bee Bee mengalami patah kaki kanan manakala seorang lagi wanita, Chiam Khee Wei, 17, pula kritikal dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.
Kejadian itu juga mengakibatkan Chun Hao yang berada di tempat duduk belakang ketika kejadian terhumban ke dalam laut dari ketinggian kira-kira 30 meter selepas tercampak melalui cermin tingkap yang pecah.
Dia kemudian berenang ke salah satu tiang jambatan sebelum diselamatkan oleh polis marin pada pukul 1.30 pagi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment