Presiden Russia, Dmitry Medvedev semalam menandatangani satu perintah atau dikri yang mengharamkan pembekalan roket S-300 dan senjata api lain ke Iran.
“Dmitry Medvedev sudah menandatangai dikri sebagai mematuhi peraturan dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1929, mulai 9 Jun 2010,” kata Kremlin dalam satu kenyataan.
Pewartaan perintah itu disiarkan dalam laman web Kremlin yang melarang pembekalan misil S-300, iaitu roket pertahanan udara serta senjata lain ke negara republik Islam itu.
Mengikut perintah itu, ia turut melarang penjualan dan pembekalan sebarang kereta kebal, jet pejuang, helikopter, kapal dan sistem roket.
Russia juga tidak akan membekalkan Iran sebarang bentuk teknologi yang berkaitan dengan roket antara benua itu, termasuk senjata nuklear.
Malah, warga Iran atau syarikat negara itu tidak akan dibenarkan melabur dalam sebarang aktiviti berkaitan pengeluaran uranium di Russia. ~~AFP
No comments:
Post a Comment