Dalam contoh lain dari kejahatan kebencian rasis, sekelompok orang dipercayai telah menyerang sebuah
pemakaman Muslim di bandar Leeds Inggeris, menghancurkan dan mencabut nisan, seperti diumumkan oleh pihak polis.Untuk kedua kalinya berturut-turut selama tahun ini, para pengacau menyerang dan merosakkan kubur umat Muslim di pemakaman multi agama di Harehills Leeds, kata polis dikutip surat khabar harian Independent.
Menurut polis itu, para pelaku aksi rasis telah meletakkan tanda ban sepeda motor diatas kubur baru dan membiarkan tin-tin bir tersisa di sekitar lokasi kubur yang baru dibuat, yang mengandungi 100 kubur di pemakaman Islam.
Penduduk bandar berkata pemakaman tersebut telah berkali-kali menjadi sasaran serangan rasis dalam beberapa bulan terakhir.
Sophie Rashid Sophie, seorang penduduk sangat tertekan melihat kubur ibunya yang baru dikebumikan dua hari sebelumnya, telah mengalami kerosakan, menurut laporan itu.
“Seseorang tampaknya mengendarai sepeda motor dan melintas diatas kubur dan ada botol serta tin minuman alkohol bertebaran. Ini benar-benar mengerikan dan sangat menyedihkan,” katanya.
Insiden ini terjadi antara hari Jumaat petang dan awal pada hari Sabtu lalu, juru bicara polis West Yorkshire disahkan, menambah bahawa tindakan ini sebagai jenayah perkauman.
Pada bulan Mac, polis mendapati kerosakan serupa di antara 20 dan 30 kubur Muslim dan menangkap seorang remaja yang berkaitan dengan insiden tersebut. “Namun tTersangka tidak dituntut,” menurut laporan tersebut. (Fq / prtv) ~~era muslim
No comments:
Post a Comment