Friday, November 5, 2010

my epik ada lg

ok2 aku taw korang sume rindu bucuk ngan aku... kabar dari galas n batu sapi mmg mngecewakan aku

nk taw knp

aku rasa dasar terbuka SPR kat UMNO

dan dasar tertutup kat PKR

benda yang mebgembuira kan aku

aku dapat kerja baru kat TM as CSR

nak taw csr tuuu apa korang carik la sendri... if korang da problem ngan korang puya streamyx jangan malu - malu nak angkat tepon pastu dail nombor 100.....

sure if korang nasib baik aku yang angkat hehehe....

aku akan di training selama 2 bulan dan percubaaan untuk hits floor selama sebulan then after that aku akan bekerja secara rasminya menjadi CSR apa?


CSR la

apa CSR la pakcik
menatang apa tuu customer service representative laaa


oooo wat marketing kew


xla.... jadi abis tuuu wat apa?
selesai kan masalah custiomer la assist diorang settle masalah pasal streamyx duiorang
mesti diorang suma akan berbudi bahasa F F F F n F hehehhe\
 


2 mesti la problem diorang la katakan....


aku nee nak keje nak kawin cepat2 eh ha

malu doh tulis kat sini...... neee sume member aku

aku yang pakai jaket 2 laaa yang pakai speak tebal 2


hensem x?

if xhensem pun cakap laa hensem... tapi if korang cakap hensem pn confirm aku x belanja korang makan sebab aku x kenal korang hahaha..... ehhh last but not least CHALLLENGGGEEE...

Sunday, October 24, 2010

SPRM Buka 20 Kertas Siasatan Hasil Laporan Ketua Audit Negara 2008

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lepas.
Menurut satu kenyataan pada Ahad, setakat ini, tiga individu telah didakwa di mahkamah, empat laporan SPRM dikemukakan kepada ketua jabatan berkenaan dengan cadangan prosiding tata tertib terhadap pegawai terlibat, lima surat nasihat dikeluarkan kepada jabatan berkaitan serta lima kajian sistem dan prosedur bagi menutup sebarang ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan.
"Kes-kes siasatan yang ditutup tanpa sebarang tindakan pula adalah disebabkan sama ada tiada perlakuan jenayah rasuah atau penyelewengan jenayah atau kerana tiada keterangan bagi mencadangkan sebarang pertuduhan," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut kes yang dibawa ke mahkamah membabitkan tiga pegawai sebuah syarikat subsidiari Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan melibatkan penggunaan peruntukan sebanyak RM888,000 yang tidak mendapat sebarang kelulusan lembaga pengarah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah jenayah, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Kes berkenaan masih dalam perbicaraan. - BERNAMA

Sunday, October 17, 2010

Terlalu Lama Di Depan Komputer Buat Wanita Cepat Tua

London, Hidup di era digital membuat banyak wanita menghabiskan banyak waktunya di depan komputer. Menurut penelitian, hal ini bisa mempercepat proses penuaan yang antara lain ditandai dengan kulit keriput.
Fenomena yang disebut ‘wajah komputer’ ini sering didapati pada wanita karir yang menghabiskan waktu berjam-jam di depan komputer. Bahkan ibu rumah tangga sekalipun bisa mengalaminya ketika sudah kecanduan internet di rumahnya.
Seorang ahli bedah kosmetik asal Inggris, Dr Michael Prager telah membuktikannya dalam sebuah penelitian. Dokter spesialis botox tersebut menemukan fenomena semacam itu dialami sebagian besar pelanggan dan sejumlah wanita yang bekerja di perkantoran.
“Saat sedang tegang dan serius di depan komputer, umumnya para wanita akan mengernyitkan dahinya sekalipun kadang tidak disadari,” ungkap Dr Prager.
Jika berlangsung berjam-jam dan rutin setiap hari, kernyitan tersebut akan mempercepat pembentukan keriput. Garis-garis wajah itu lama-lama akan terbentuk di dahi maupun bagian kulit wajah lainnya.
Dikutip dari Telegraph, Minggu (26/9/2010), wanita yang terlalu lama di depan komputer juga rentan mengalami gejala ‘leher kalkun’. Dinamakan demikian karena kulit di bagian leher menggelambir seperti kulit kalkun.
Menurut Dr Prager, gejala ini disebabkan oleh posisi duduk yang jarang berubah dalam jangka waktu yang sangat panjang. Akibatnya otot leher memendek dan kulitnya turun lalu membentuk semacam gelambir.
Sedangkan untuk mengatasinya, Dr Prager punya tips jitu yakni dengan meletakkan cermin kecil di samping layar monitor. Harapannya para wanita bisa cepat menyadari ketika wajahnya mulai mengernyit, lalu berusaha mencari cara untuk lebih rileks.
Berbagai cara bisa dilakukan sebagai upaya relaksasi. Selain istirahat sejenak di sela-sela bekerja dengan komputer dan berjalan-jalan, melakukan senam otot wajah juga cukup efektif melawan efek penuaan dini.

Monday, October 11, 2010

tarapappa

soo... nee la sebahagian dari aku tinggal di sini... melawat gf aku di melaka..
yela kita dari segamat naik motor yang xbrapa laju tu eh eh... suzuki smash je 





lebih kurang gni la motor aku... dala sampai melaka aku xtau melaka tuu rupa dia macam mana
orang naif la katakan...tp


bila da sampai sana n stay sampai malam melihat panorama melaka pada malamnye
peerrrgggghhh....


korang kena pegi sendri beb...


contohnya menara jam nie pastu aku nee time datang snap gambar memang tip top hahaha
hangpa tinguk tuu jam bape tuuuhh 12 malam kan kan


kisah nee akan aku sambung nant sebab aku idea kureng sikit ari nee.... biasa laa pergi interview keje banyak pegi da....




tapi dapatnye tidak lagi... taktau ape salah aku ke atau salah interviewer yang salah dengar...
maybe diaorang demand gadis kot
biasa lelaki diorang tolak tepi dulu....
ai malang nasib esok nak mencari lagi tempat interview...
tp if korang jumpa spot beek punya tok aku kerja jangan malu malu call aku


aku lulusan finance degree n account diploma...
kerja marketing boleh tapi kena demand basic 2800++
xda basic susah beb marketing
tp if kerja admin aku leh g trima 1500 kebawah... no hal men.... k ha ni no aku 0132944814

Saturday, October 2, 2010

Ashraf Muslim Dianggap Bomoh Ilmu Hitam

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Ashraf Muslim kesal dengan pandangan segelintir masyarakat yang menganggap teknik rawatan alternatif dan perubatan tradisional yang diamalkan telah disamakan dengan bomoh.
Jelas Ashraf, teknik perubatan tersebut hanya berpandukan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan tidak mengamalkan jampi serapah atau ilmu hitam.
"Saya agak kecewa sebab ada juga segelintir yang anggap saya seperti bomoh. Jika mereka tidak percaya atau berasa was-was dengan saya, itu terpulanglah.
"Tapi saya memang seratus peratus hanya berpandukan ayat suci al-Quran bagi mengubati pesakit," katanya yang mengubati pesakit di Pusat Perubatan Darussyifa', Kampung Sungai Pusu, Gombak sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, Ashraf mengakui kerjayanya sebagai seorang pelakon sedikit sebanyak mengganggu kepercayaan pesakit kepadanya.
"Ada juga pesakit yang datang untuk berubat dan apabila mereka lihat saya, mereka anggap saya sedang berlakon sehinggakan kadang-kadang membuatkan saya marah.
"Tapi bagi saya mereka perlu percaya pada Allah dan al-Quran. Saya hanya sekadar membantu sahaja," katanya.
Ashraf berkata, sebagai pengamal perubatan cara Islam dia juga sentiasa menjaga batasan dan perlakuannya terutamanya ketika berlakon.
"Sudah semestinya saya menjaga setiap perlakuan, percakapan, penglihatan terutamanya ketika berlakon. Kalau boleh saya akan tolak adegan yang pegang tangan, berpelukan dan atas katil.
"Untuk melakukan perkara tersebut saya boleh berbincang dengan pengarah. Apa yang penting ialah mesej tersebut sampai kepada penonton walaupun tanpa adegan seperti itu," katanya.
Selain itu, menurut pelakon itu, sambutan terhadap pusat perubatan tersebut meningkat membuatkan dia terpaksa membahagikan masa antara lakonan dan aktiviti perubatannya.
"Sambutan semakin meningkat, sehari lebih dari 60 pesakit datang, kebanyakannya yang menghadapi sakit seperti kanser dan misteri.
"Saya juga terpaksa membahagikan masa iaitu lakonan pada sebelah siang dan mengubati pesakit pada sebelah malam sahaja," katanya.

Syarikat Malaysia Tidak Perlu Risau Keselamatan Di Indonesia

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak perlu risau dalam soal keselamatan kerana adanya beberapa syarikat swasta di republik itu yang bukan sahaja menjadi jambatan penghubung malahan pelindung kepada peniaga Malaysia.
Katanya, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sendiri turut memberi jaminan keselamatan lebih ketat terhadap rakyat Malaysia di sana.
"Semua peniaga dan pelabur sama ada dari Indonesia atau Malaysia boleh jalankan perniagaan tanpa risau. Bukan sahaja kedua-dua kerajaan malahan syarikat swasta yang memainkan peranan sebagai jambatan untuk melindungi dan juga mengeratkan persahabatan kedua-dua negara.
"Polis Republik Indonesia (POLRI) begitu juga Presiden Susilo telah memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat kita. Sama juga dengan kita yang akan memastikan keselamatan rakyat mereka di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Seminar SMI 1-Stop Solution di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Beliau mengulas kemungkinan penarikan diri beberapa syarikat Malaysia daripada terus beroperasi di Indonesia berikutan gerakan anti-Malaysia dilancarkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara berkenaan baru-baru ini.
Kohilan berkata, Isnin lepas, pihak Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) telah menghantar memo kepadanya bagi menyatakan sokongan terhadap Malaysia selain mengkritik perbuatan Bendera.
"Hubungan kedua-dua negara akan terus terjalin meskipun terdapat beberapa ancaman termasuk Bendera. Pada Isnin lepas, Permai telah menghantar memo kepada saya menyatakan sokongan kepada kita selain turut membidas perbuatan yang dilakukan oleh pihak Bendera di sana (Indonesia)," katanya.
Katanya, Permai turut mengadakan majlis makan malam hari ini yang dinamakan "Titian Kasih" di Kedutaan Republik Indonesia di sini bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara.
Seminar tiga hari yang bermula Rabu lepas menghimpun hampir 80 tokoh Industri Kecil dan Sederhana (SMI) dari seluruh negara.Seminar itu dengan tema "Mentransform SME, Meningkatkan Rantaian Nilai" bertujuan memaparkan pelbagai solusi dan produk SME di bawah satu bumbung.- BERNAMA

TH Kaji Kemungkinan Naikkan Tambang Haji Tahun Depan

YAN: Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji kenaikan kadar menyeluruh tambang haji bagi tahun depan daripada pelbagai aspek.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kajian itu berikutan kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal untuk jemaah haji di Mekah.
Menurut laporan, kerajaan Arab Saudi menaikkan sekurang-kurangnya 25 peratus kos penginapan dan makanan di Kota Mekah selepas pembesaran Masjidil Haram dan penyediaan kemudahan lain untuk jemaah haji.
Jamil Khir berkata kajian itu dijangka siap penghujung tahun ini, iaitu selepas kepulangan pasukan yang ditugaskan ke Mekah bagi meninjau kos sebenar di sana, termasuk penginapan di kawasan baru.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan masih menimbangkan kewajaran menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang.
"Jika benar berlaku, kenaikan itu mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak, terutama para jemaah dan pendeposit Lembaga Tabung Haji.
"Saya berharap kenaikan itu, kalau berlaku, tidak membebankan bakal jemaah haji kita," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Aidilfitri beliau di Dewan Serba Guna Guar Chempedak hari ini.
Jamil Khir berkata dalam konteks ini, jemaah haji Malaysia menyedari bahawa di kalangan negara Asean, negara kita mengenakan harga paling rendah.
Sementara itu, beliau menggalakkan semua jemaah haji Malaysia mengambil suntikan vaksin wabak selesema babi atau Influenza A(H1N1), walaupun "tanah haram" diisytiharkan bebas daripada ancaman virus berkenaan.
"Perkara yang elok dan hal-hal macam ini wajar diberi perhatian kerana kita hendak berjalan jauh, dalam tempoh yang lama iaitu sehingga 40 hari," katanya.- BERNAMA

Friday, October 1, 2010

‘Bandar Emas’

Jaisalmer
Jaisalmer merupakan sebuah bandar, yang merangkumi sebahagian besar wilayah padang pasir Rajasthan. Ia terkenal di seluruh India dan dikenali sebagai Kota Emas.
Terletak di tengah Gurun Thar ia membawa berlimpah dalam hatinya istana-istana kuno, kuil dan penempatan purba. Hal ini dikenali sebagai The Golden City kerana ketika matahari terbenam bangunan batu pasir memancarkan cahaya berkilauan, yang warna emas.
Kerana terletak jauh sehingga masih tak tersentuh oleh pengaruh luar. Jaisalmer, India terletak di ketinggian sekitar 229 meter di atas permukaan laut. Malah tak terhitung bukit pasir dari setiap bentuk dan saiz. Bahkan bukit-bukit pasir yang sangat menarik kerana beberapa dari mereka juga ketinggian 150 kaki. Iklim di sini adalah kering dan sihat. Namun masalah terbesar adalah air yang sangat langka di sini kerana tidak ada aliran abadi.
Mandalay
Kota Mandalay memuat namanya dari bukit Mandalay, yang ketinggian 236 meter dari dataran, Pusat kering dan lapang Myanmar terletak di tepi sungai Ayeyarwady 2000km panjang, arteri hidup Myanmar. Mandalay, atau “Bandar Emas”, merupakan ibu negara terakhir dari Myanmar sebelum pendudukan Inggeris, raja bandar Mindon ditubuhkan pada tahun 1857; penyelesaian atas apa yang sekarang menjadi ibukota Kerajaan baru Upper Myanmar, raja memindahkan semua kerajaan dan 150.000 orang dari Amarapura dekatnya.
Itu biasa dalam sejarah Burma untuk memindahkan ibu kota pada kenaikan seorang raja. Raja Mindon bertekad untuk memastikan bahawa bandar baru menjadi ibukota dunia Buddhis dan Buddha Sinode Kelima diadakan di Mandalay pada tahun 1879. Oleh kerana itu, banyak pagoda dan sebuah istana kerajaan yang besar, yang sementara itu telah hancur, merupakan tarikan utama Mandalay.
Baitulmuqaddis
Golden City (Yerushalayim Shel Zahav, dalam bahasa Ibrani). Kota Kudus, ibukota Negara Israel moden dan tempat kudus bagi tiga agama monoteis yang paling dipraktikkan Dunia.
Baitulmuqaddis adalah kota suci Yahudi, halaman Gunung Moriah, tempat Bait Suci (Beit Ha’mikdash, dalam bahasa Ibrani) dari Salomo pernah berdiri. Bandar kedua paling suci (setelah Vatican City) bagi orang-orang Kristian Roman Katolik, dan di antara tempat-tempat suci untuk aliran Kristian yang lain, di mana Yesus dari Nazareth menghabiskan hari-hari terakhir dari misi-Nya di bumi ini. Kota suci ketiga (selepas Mekah dan Madinah) bagi Islam, di mana Nabi Muhammad naik ke syurga.

Canselor Ajak Rakyat Jerman Terima Islam

Canselor Jerman, Angela Merkel, berkata rakyat negaranya gagal memahami pendatang sudah mengubah negara mereka dan perlu membiasakan diri dengan pemandangan lebih banyak masjid di bandar, menurut sebuah akhbar.

Trak Tentera Russia Paling Panjang (8 Gambar)

Bumi Huru-Hara 2013 Kerana Matahari

GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September lalu.

Meluncur Di Atas Air (Qing Gong) Dilakukan Oleh Sami Dari Kuil Shaolin Selatan

Russia Haramkan Kemasukan Roket, Senjata Ke Iran

Presiden Russia, Dmitry Medvedev semalam menandatangani satu perintah atau dikri yang mengharamkan pembekalan roket S-300 dan senjata api lain ke Iran.
“Dmitry Medvedev sudah menandatangai dikri sebagai mematuhi peraturan dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1929, mulai 9 Jun 2010,” kata Kremlin dalam satu kenyataan.
Pewartaan perintah itu disiarkan dalam laman web Kremlin yang melarang pembekalan misil S-300, iaitu roket pertahanan udara serta senjata lain ke negara republik Islam itu.
Mengikut perintah itu, ia turut melarang penjualan dan pembekalan sebarang kereta kebal, jet pejuang, helikopter, kapal dan sistem roket.
Russia juga tidak akan membekalkan Iran sebarang bentuk teknologi yang berkaitan dengan roket antara benua itu, termasuk senjata nuklear.
Malah, warga Iran atau syarikat negara itu tidak akan dibenarkan melabur dalam sebarang aktiviti berkaitan pengeluaran uranium di Russia.   ~~AFP

10 Pen Paling Mahal Di Dunia

Aurora Diamante
Price: $1.3 million

10 Pisau Aneh

Kejujuran SeorangSaudagar Permata

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu.
Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham.
Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid.
Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, “Berapakah harga barang ini kamu beli?”
Badwi itu menjawab, “Empat ratus dirham.” “Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara.” Kata saudagar Yunus lagi. “Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham.” Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, “Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?” Marah saudagar Yunus lagi.
“Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham.” Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri.”
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga.” (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa’i)

Supermodel Paling Hodoh

BUKAN CANTIK BIASA… deretan model luar biasa yang dianggap ‘cantik’ mengikut perspektif Ugly Models
DI TENGAH-TENGAH kegilaan peminat menonton program realiti hiburan di televisyen, sebuah agensi di Britain menawarkan sesuatu yang berbeza – mencari model paling hodoh.
Mengenakan syarat semata-mata berdasarkan kepada penampilan fizikal, program Britain’s Ugliest Models’ itu akan mula ditayangkan di televisyen hujung minggu lalu.
Ia adalah program antidot kepada rancangan penuh glamor, seperti Britain’s Next Top Model.
Melalui program unik itu, pengendalinya, Ugly Models, menyerahkan kepada peserta untuk mempamerkan ‘kecantikan’ mengikut perspektif mereka.
Setakat ini, model agensi itu pernah muncul dalam pelbagai iklan, dari filem James Bond hinggalah syarikat Marks and Spencer.
JUARA DUNIA… pemegang rekod membuat memek muka hodoh, Tommy Mattinson, antara watak mendapatkan khidmat agensi Ugly Models
Model itu pula terdiri daripada pelbagai jenis bentuk fizikal, sama ada terlalu kurus atau gemuk dan berusia di antara 18 hingga 100 tahun.
Dengan bermulanya program itu, agensi dan modelnya benar-benar berpegang kepada definisi ‘cantik’ mengikut pelopor rekaan fesyen moden Perancis, Coco Chanel, iaitu ‘untuk memastikan tiada saingan, seseorang mesti sentiasa berbeza.’ Pada laman sesawang Ugly Model, agensi itu mencari model bagi kategori mudah – kanak-kanak lelaki dan wanita.
WAJAH KOMERSIAL… sebahagian daripada watak digayakan model agensi Ugly Models
Namun, bakat yang benar-benar diperlukan adalah seseorang yang menampilkan kelainan tersendiri dan eksotik.
PELIK… model yang berjaya menampilkan wajah berbeza akan terpilih.
Ketika ini, agensi berkenaan menguruskan beberapa model paling luar biasa, seperti Sultan Kosen yang memiliki ketinggian 2.5 meter dan dianggap manusia tertinggi di dunia, dan Elaine Davidson (mempunyai 2,520 tindik di seluruh badan).
TERSENDIRI… Antonio Francis (kiri) yang digelar Popeye dan Gina Pisapia ternyata bukan model biasa.

Kuburan Muslim Di Inggris Alami Serangan Vandalisme

Dalam contoh lain dari kejahatan kebencian rasis, sekelompok orang dipercayai telah menyerang sebuah

Top 10 Game Termahal Di Dunia 2010

10. Killzone 2: Dengan $ 45.000.000 Anggaaran Persiapan

10 Hotel Terapung Paling Mewah Di Dunia

King Pacific Lodge In Canada
Six Senses In Maldives

Einstein Ternyata Seorang Syiah?

Pejabat berita Iran IRIB (24 / 9) baru-baru ini melansir sebuah berita yang menyatakan bahawa saintis Albert Einstein adalah seorang penganut Syiah.IRIB mengutip sebuah surat rahsia Albert Einstein, ilmuan Jerman penemu teori relatifitas itu, yang menunjukkan bahawa dirinya adalah penganut mazhab Islam tersebut.

Thursday, September 30, 2010

Larangan Meminta-minta Mati

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Huraian :
Pengajaran hadith:
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan. Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Dipenjara 25 Tahun Kerana Tikam Teman Wanita 36 Kali

SHAH ALAM: Seorang penyelenggara barangan elektrik tergamak menikam teman wanitanya sebanyak 36 kali sehingga mati menggunakan sebilah pisau hanya kerana mangsa berhasrat untuk memutuskan hubungan dengannya.
Tertuduh, G. Selvaraaj, 26, bagaimanapun hari ini menerima balasan yang setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu, dua tahun lepas.
Hakim Mohtarudin Baki memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu pada 6 Januari 2008.
Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata tertuduh sangat bernasib baik kerana telah ditawarkan pertuduhan pilihan oleh pihak pendakwaan berbanding dengan tuduhan asal, iaitu bunuh.
"Sekiranya kes berjalan penuh dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan fakta kes, mana-mana hakim tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman mati kerana fakta menunjukkan kamu sangat liar dan betapa seksanya mangsa sebelum menemui ajal.
"Daripada kecederaan, jelas kamu mempunyai niat untuk membunuh," katanya sambil menambah tertuduh perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama.
Selvaraaj didakwa menyebabkan kematian M. Indra Devi, 22, di sebuah rumah di Taman Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang, dekat sini, antara pukul 3.30 dan 4.30 pagi, 6 Januari 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, Indra Devi sempat menghubungi polis apabila melihat teman lelakinya, Selvaraaj cuba memecah masuk ke dalam rumah dalam keadaan mabuk.
Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan mengunci pintu bilik selepas Selvaraaj memecah masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil pintu geriji dan membuka pintu menerusi cermin tingkap yang dipecahkan.
Tertuduh kemudian menyeret mangsa ke bahagian dapur di mana dia telah menggunakan sebilah pisau yang berada di atas sinki untuk menikam mangsa berkali-kali.
Seorang jiran mangsa yang datang ke tempat kejadian kerana mendengar jeritan mangsa melihat Selvaraaj sedang menangis dalam keadaan memangku mangsa yang terbaring.
Seorang anggota polis yang datang ke tempat kejadian kemudian melihat tertuduh sedang menikam dirinya dengan menggunakan pemutar skru.
Selepas dipujuk, Selvaraaj akhirnya memberi kunci rumah kepada polis sebelum ditangkap.
Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mati akibat pendarahan yang banyak disebabkan tikaman berganda di dada. Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan di leher dan abdomen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal Roslan sementara tertuduh diwakili peguam K. Renuka Devi.-BERNAMA

Tujuh Pelabur Rumpai Laut Failkan Tuntutan RM26 Juta

IPOH: Tujuh pelabur perniagaan rumpai laut yang mendakwa ditipu dan diperdayakan untuk melabur dalam perniagaan itu sejak 2007, hari ini memfailkan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan semula wang pelaburan berjumlah hampir RM26 juta.
Tuntutan itu dikemukakan oleh P. William Rajah, 34, Chong Pek Kuon, 36, R.Edwin, 48, Abu Bakar Maidin, 52, S. Nathan, 56, M. Gunaballan, 58, dan P. K Pathmanathan, 58, yang bertindak selaku plaintif.
Kesemua plaintif mendakwa mewakili 2,000 pelabur berbilang kaum di Perak yang menanggung kerugian selepas melabur dalam perniagaan terbabit yang dijalankan di Semporna, Sabah.
Plaintif menamakan enam pihak termasuk empat syarikat iaitu Fresh Palms Sdn Bhd, A K United Sdn Bhd, Genuine Starlight Sdn Bhd dan Loyal Sunrich Sdn Bhd serta dua individu, P.G.P Nathan, 39, iaitu Pengarah Genuine Starlight dan Loyal Sunrich dan Choi Kok Peng, 45, Lembaga Pengarah di Fresh Palms dan A.K United, sebagai defendan.
Tuntutan difailkan melalui Tetuan N.P Ramachandran & Assc di pejabat Pendaftar mahkamah hari ini.
Plaintif mendakwa mereka telah diyakini oleh defendan melalui representasi dan telah melabur sejumlah RM25,826,800 dari Februari 2007 hingga Novemver 2008.
Plaintif menuntut defendan membayar semula wang pelaburan berjumlah RM25,826,800, faedah sebanyak lapan peratus daripada jumlah pelaburan, kos serta lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.-BERNAMA

Lelaki Ditemui Mati Ditetak Di Felda Kemahang

KOTA BAHARU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di kepala dipercayai ditetak dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Gubir, Bukit Panau, Tanah Merah, pagi ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner (ACP) Mazlan Lazim berkata mayat lelaki berkenaan ditemui oleh seorang penduduk kampung itu yang dikatakan sedang dalam perjalanan bekerja di Felda Kemahang kira-kira pukul 9 pagi.
"Mengikut laporan yang diterima mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di ladang kelapa sawit dan getah itu.
"Pemeriksaan mendapati mangsa yang lengkap berpakaian itu berlumuran darah di kepalanya dan dipercayai telah ditetak," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya di kawasan berhampiran juga menemui sebilah sabit berukuran 42 sentimeter berada kira-kira 1.7 meter dari tempat mangsa ditemui.
"Bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa," katanya.
Mazlan berkata pihaknya percaya lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an itu merupakan rakyat tempatan berbangsa Melayu dan telah mati hampir semalaman.
Katanya mayat telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat tampil membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah di talian 09-9556122 atau Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di talian 09-7450999. - BERNAMA

Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan

LUMUT: Seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan jalan raya di Ayer Tawar dan Lekir dekat sini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata dalam kejadian pada pukul 12.55 tengah malam tadi, seorang penunggang motosikal, S.Ganesan maut selepas motosikalnya dirempuh oleh sebuah kereta di Kilometer 10 Jalan Sitiawan-Ayer Tawar.
Beliau berkata Ganesan yang dikatakan dalam perjalanan dari arah Sitiawan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta semasa beliau hendak membuat pusingan 'U'.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata ekoran kejadian itu polis sedang berusaha mengesan pemandu kereta bernombor AFF 3090 bagi membantu siasatan.
Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Insp Muhammad Ikhwan Abdul Hamid dengan menelefon 012-9787906 atau terus ke balai polis berhampiran untuk menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu.
Mohd Jamil berkata kemalangan kedua pula membabitkan pelanggaran antara sebuah kereta dan treler di Batu 10, Lekir, dekat sini pada kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata Muhammad Khairolnazuan Sharuddin, 20, dari Parit 10B, Titi Gantung, Bota, dekat sini, maut, selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler 20 tan yang dalam perjalanan ke Klang, Selangor.
Katanya kejadian berlaku semasa Muhammad Khairolnazuan bersama seorang rakannya sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Ayer Tawar.
Mohd Jamil berkata Muhammad Khairolnazuan yang cedera parah di bahagian kepala mati di tempat kejadian manakala rakannya yang mengalami kecederaan serius di kepala dan tangan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. -BERNAMA