KUALA LUMPUR: Seramai 6,179 rakyat Malaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid sehingga pukul 8 malam Ahad.
Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama daripada jumlah itu, seramai 2,404 dikeluarkan menerusi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, 2,150 oleh tiga pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan 1,625 orang menerusi dua pesawat AirAsia.
Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.-BERNAMA
coment amir... tapi my bro tunggu punya la lama padahal dia kat dengan cairo kot.... aku salute dengan usaha kerajaan malaysia setakat ini... tapi tindakan yang dilakukan tidak pantas... seolah-olah tidak terancang rancangan...mana kapal penangangkut dari teluk Aden... tiada kabar berita pun.. hanya kapal terbang airasia yang banyak menghulurkan bantuan dengan tulus ikhlas... tanpa mengenakan sebarang caj... tahniah tony...
No comments:
Post a Comment