Saturday, February 19, 2011

Bila Lelaki Sedang Jatuh Cinta


la even aku bukan jiwang tapi korang tahan la mata membaca entry neee hihihi






Cinta, siapa yang tak ingin bercinta? Anda semua ingin bukan?
Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing.
Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak.
Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
  1. Memberikan lebih perhatian.
      Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
      Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
  3. Menerima kamu apa adanya.
      Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
      Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
      Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
      Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
      Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu
      “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..
Love note: Maaf ye.. entri jiwang lak kali ni.. hihi..

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................





1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




cinema ... mechanic...VICTORY LOVES PREPARERATION



tada.... laa asyik-asyik tada-tada aja.... k kali ne Jason Statham(arthur@ bishop)  berlakon sebagai pembunuh upahan yang bijak mengendalikan kerjanya supaya pembunuhan yang dibuat seolah-olah bukan suatu pembunuhan. cerita bermula di mexico even beliau tinggal di new orland... beliau bekerja dengan firma ala-ala mr and mrs smith (brad & angelina) ok la di mexico sana beliau membunuh seorang pemimpin politik kat sana yang amat tidak berhati perut...  rumah agam pemimpin ini punya bapak lah besau...


soo camner kelicikan Arthur membunuh beliau.... jeng jeng Arthur menyelinap kedalam rumah beliau dan masuk kedalam sebuah kolam mandi macam swmming fool... soo beliau pun menunggu pemimpin ne masuk mandi... den pemimpin ne berenang ala gaya bebas... tapi dia berenti kejap sebab nampak benda yang mcm jam dalam air so dia menyelam kedalam sampai je kat jam tersebut ...arthur terkam dari belakang justeru melemaskan pemimpin tersebut...
dan pastu ahli politik punnn K.O. 


pastu ketua jabatan beliau suru dia bunuh ssorang yang amat penting bagi beliau dan juga company... dia adalah harry bos firma tersebut.... dia bagi la alasan budo yang yang harry ne da khianat dekat firma.. tapi sebenarnya DEAN or ketua jabatan yang khianat... dia menjual kepala harry kepada orang lain sejumlah 10 juta dollar.. after bunuh harry anaknya steven cuba tuntut bela kematian bapak dia... tp dia tidak kenal sapa pembunuh bapak dia tp steven berkawan baik dengan bishop.... lama-kelamaan(potong banyak story sori tgn kebas nak menaip) dia terjumpa pistol  BAPAK DIA DI BANGSAL BISHOP sebelum ingin membunuh dean... tapi steven xmo g bunuh bishop sebab diorang mau berganding bahu ingin membunuh DEAN... pastu bunuh dean steven ingin bunuh bishop... dia sangka dapat bunuh bishop yang dalam kete dengan meletopkannye di tepi petronas puchong tapi sangkaan steven meleset kerana bishop menyelinap kuar dari kereta ittu sejurus sebelom kereta itu betil-betul meletop....kebooommm... steven pun ngan muka riak nye g la umah bishop yang xda mamat tuu kat situ...dia pun test drive kete kepunyaan bishop dan tetiba kete tuu pun meletop...BOOOOMM steven matii.... last2 tengok muka bishop yang shummbung riak berjalan pergi... wakakaka

Friday, February 18, 2011

Isteri tipu suami pergi kursus me segera tapi "BERKURSUS" dengan KEKASIH GELAP

Isteri curang!! Rupa-rupanya pergi "KURSUS" dengan kekasih gelap. Itulah jadinya apabila nafsu serakah menguasai diri...



kisah sebenarnya camne

[HM] KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.
Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.
Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.
Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.
“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.
“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.
“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.
Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.


Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/02/isteri-tipu-suami-pergi-kursus-me.html#ixzz1EMcsPvXE



komen amir.... sebenarnya zaman sekarang bukan lelaki sahaja bersikap macam ne.... perempuan pun da start da...  tapi semua ne sebab apa.. 1st thing first sebab rupa paras mat bangla tuu menawan... tapi mereka takkan membahagiakan wanita-wanita di malaysia....  yang lain tentula diluar kawalan nafsu...perempuan kadang - kadang nak try saiz yang lain... mana tau mat bangla ke jadahnya boleh buatkan dia berdarah( berdarah apanya da beranak 3)---- yela zaman sekarang ne macam-macam da boleh berlaku... sigh..

Friday, February 11, 2011

cuti-cuti yang terukkk pada 9/2/2011-10/2/2011

ok guys aku baru nak update pasal cuti aku yang xbrape best nee..


ehm ne cik anam punya cincin da... dia da nak kawen tahun ne berkobar-kobar dia nak blik tunjuk kat tunang dia huhu... aku terharu beb kawan aku nak kawen...

kat sunway piramid nak main aisskating, my bike parked here with unidentified bikers

paking motor kat 3B

taadaa kasut blade yang tak tajam

sila abaikan iklan nee if anda seorang non-muslim pergi la makan sana...

my ex place ... tengok aku dapat bayang kan dia sangat berubah sama la dengan bangunan ne

moneral melaka yang lom g siap2 aku tertuggu2 nak naik

melaka river cruise tidak sah datang melaka if tidak naik bot tut..tut...

jambatan yang membawa segala memori indah baginya

sungai melaka yang indah di waktu malam

jambatan walk walk(aku lupa nama dia)

aku jumpa orang isap gam and perempuan joging

joging for refreshment

teringin nak naik suatu pada masa nanti

di dataran pahlawan melayan blues bukan blue jangan salah anggap

dekat pulau gadong disini semuanya bermula jeng..jeng ...jeng

papan tanda dulu penginapan pelajar perempuan uitm sebelum bertukar utem

jonker walk pada kul 11.30 mlm bawa motor ke hulu hilir macam nak tumpang atoiyaiii

pedistrain walkk



jonker walk melaka welcome evebody... aku bukan orang melaka aku orang puchong..

jonker walk pada waktu malam tangkap gambar masa bawak motorsikal



jam kat menara menunjukkan puluk 11 malam para pelancong dinasihatkan balik

nampak kincir angin dari dataran kota lama

dekat round about rumah papentah eh korang pergi la sana ne memisah kan jalan pergi ke mahkota perade and jonker walk

tangga naik ke gereja tinggalan sejarah melaka semuanya sebenarnya dalam kubu a famosa tetapi telah diruntuhkan oleh british

xpasti ni kapal siapa design macam kebaratan... kapal melayu lain sedikit... sebenarnya kita punya lebih besar layarnya berbentuk naga

eh eh hantu mana muncul ne... sila abaikan...

k sampai kat cini aku nak story cikit... masa tangkap gambar ni tetiba da mak nyah terjah dari belakang aku perasan tapi wat dono je... makin x dihirau kan makin menjadi-jadi lak so aku sound dia baru dia belah... i am stright ok... 

terkenang aku and faiz pergi cini pada waktu malam... ex aku tak berani dowh tengok nanti dia pengsan...

meriam mana nih woi melaka punya meriam lebih besar dari nii....ini meriam portugis kualiti yang teruk

nee takat tempak gerai kayu pak leman kopi boleh la tumbang tapi nak tembak umah aku sampai esok tidak roboh

then aku sewa hotel rm 40 katil dia aku geli nak tido da tompok-tompok.... bayangkan aku pikir macam-macam.... biasalah budget hotel katil seminggu sekali basuh.. ntah apa yang orang sebelum nii wat sampai tinggalkn tompok-tompok aneh.... misteri

soo ni berhampiran labis.... cantik kan jalannye leh aku selitkan baju aku kat celah-celah lubang jalan....

nii jalan on the way pergi ke ledang nice trip to meee credit to my hands those took this pic.  hehhehehe

perhatian signbord nee menunjukkan jalan ke jementah... full name dia jemu entah... lepas sultan minum air dekat suatu sungai airnya segar amat jadi lah segamat... kemudian baginda melintasi kawansan hutan didirikan penempatan sementara... tetapi baginda merasa jemu dengan kedai-kedai kat cni sebab xda giant.... tetiba baginda terlihat awek kat cini kemudian niat baginda hendak ke negeri melaka di urung semula entah nak pergi ke x nanti x pergi permaisuri melaka murka... jadi jemu entah ke jemu ya akhirnya baginda mengambil awek kat cni dijadikan dayang istana... yela sekurang-kurangnya dayang tuu dapat income lebih la...

under maintanance road.... orang tengah baiki banyak sungguhh lobang-lobang

ni la jakel segamat cantik kan cuba hang sengetkan kepala sikit....

dataran segamat yang aku pada ketika dulu amat-amat jarang kesini

keadaan selepas banjir segamat banyak kereta di cuci kemudia disalai dibawah cahaya matahari

nampak x banyak kedai sedang dicuci

dari sudut pandangan yang lain

bekas-bekas banjir berbau masam plus hanyir uwek-uwek jagan mara orang segamat ana tau hangpa susah tatkala banjir... pastu jalan2 hangpa penuh dengan debu-debu.. uhuk-uhuk

banji berhampiran segamat aku lupa kampung apa nee

ne menghala ke uitm punya hutan seolah-olah tepi sungai padahal if x banjir kering ajew

uitm dihati ku bila datang kat sini memang diorang kasi cold soulder even da graduate... ye sampah macam aku dibuang begitu sahaja.... I am super duper looooserr... say it again wachaa

di bawah library uitm... wahahaa awek ramai siot... 

dekat dengan masjid assyakirin... rindu dengan kat sini tapi pentas nee baru aje di bina

masjid assyakirin yang melalui banyak transformasi

berdekatan dengan dewan seri peria

dekat parking kereta bawah dari bilik lecturers... biasa laa... lecturers kebanyakkan xmau berkawan ngan kita    
sebab IQ kita rendah... budak-budak la katakan

dekat dengan pintu pak guard nak ucap kan selamat tinggal my place... jantung.. hati..pikiran..perasaan... segala yang terhasrat telah terluah.... aku sedih meninggalkan mu... tempat aku berhemps pulas memohon ilmu... tempat aku berlajar becakap orang putih... tempat yang mengajar aku macamana nak berkawan... sori too say u re my heaven on earth...

pondok atm mesin dekat dengan pondok pak guard

pondok pak guard

so long uitm ... muah muah... kiss and hug from your descendent's 

adakah pintu ini masi terbuka untuk aku kembali menziarahinya.... harap-harap yee

my rumah sewa kat jementah dulu skrang orang lain amik alih....

masjid dekat kampung berhampiran dengan taman harmoni


soo this is my journey... cuti aku hanya untuk aku... dan mengungkap kembali perjalanan hidup aku yang lampau... penuh dengan ranjau... kampung nee aku sll bersolat di sini... orang-orang yang ramah.. mesra...cuma aku x sempat mengenali mereka dengan lebih akrab... luv  yall