Khabar angin skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit
KUALA
LUMPUR, 1 Feb - Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care"
skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik
mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.
Walaupun
maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai
Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik,
pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak
Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya
mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.
Menggelar diri mereka
"Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini
telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial
Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang
skim seterusbya mendapat sokongan orang ramai.
Kumpulan ini
antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan
"#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik
beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.
Usaha
itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan
kumpulan itu di laman Facebook.
The Malaysian Insider difahamkan
skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan
United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan
telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik
Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.
Difahamkan skim mempunyai lima
fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh,
perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan
kepada Kabinet pada Mac
Menurut anggota CHC, "1 Care" akan
menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan
dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan
dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi
sosioekonomi.
Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh
memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dn pembayaran ditanggung
sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di
klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di
bawah subsidi penjagaan kesihatan.
Melalui "1 Care", CHC berkata
ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan
kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan
mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .
"Jadi
sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar
seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan
asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka
yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.
Tetapi,
selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga
mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu
seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan
hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali
memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di
bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.
"Dalam
sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti
semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin
dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau
merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.
"Doktor
mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak
penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI,"
dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.
Menjelaskan perkara
ini, anggota CHC memberitahu The Malaysian Insider, "1 Care"
memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI,
dengan RM60 setiap kali rawatan.
"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP
akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke
hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital
sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.
Semasa cuba
mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham
menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem
penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.
"Sekarang sektor awam
akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus.
Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai
pilihan dan model.
"Pada ketika ini tiada apa yang telah
dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami
perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan
spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.
"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.
Namun
dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan
untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal
Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai
perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur
pada 12 Februari.
The Malaysian Insider difahamkan forum itu akan
dirasmikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pegawai
Kementerian Kesihatan. -TMI
No comments:
Post a Comment