Mutasi ialah pecahan atau sesaran di dalam kod genetik sesuatu organisma, atau DNA, akibat kesan radiasi atau kimia.
 
 Mutasi juga merosakkan nukleotida (kumpulan molekul yang membentuk DNA, dinyatakan dengan huruf A, T, G dan C).
 
 Mutasi berlaku secara rawak. Ia adalah kejadian tanpa sedar dan terjadi
 sepenuhnya secara kebetulan yang member impak ke atas struktur-struktur
 sempurna.
 
 99% MUTASI ADALAH MERBAHAYA dan 1% tiada sebarang kesan. TIADA SATUPUN MUTASI BERMANFAAT YANG PERNAH DITEMUI.
 
 Justeru itu, adalah MUSTAHIL untuk mutasi membentuk organisma lain yang
 lebih maju dan sempurna sebagaimana didakwa oleh para Darwinis. 
 Perubahan
 akibat mutasi hanyalah seperti kesengsaraan yang dialami penduduk di 
Hiroshima, Nagasaki atau Chernobyl; dalam erti kata lain, kematian, 
kecacatan dan penyakit.
 
 Mutasi TIDAK DAPAT MENAMBAH SEBARANG MAKLUMAT BARU DI DALAM DNA BENDA HIDUP.
 
 Mutasi tidak dapat menambah informasi tentang sayap ke dalam struktur 
genetik seekor burung, misalannya. Mutasi hanyalah pecahan dan kecacatan
 dalam gen-gen organisma. Kerosakan dan kekurangan dalam sesuatu gen 
tidak akan dapat memberi sebarang maklumat baru kepada gen tersebut.
 Fahaman salah bahawa kecacatan dalam replikasi DNA menyebabkan organisma berevolusi
 
 Dakwaan Ergi Deniz Ozsoy: Kecacatan berlaku sewaktu DNA menyalin 
dirinya, akibat kesilapan berlakunya mutasi dan variasi genetik, dan 
mutasi berkenaan menyebabkan organisma berubah.
 DNA
 disalin apabila setiap sel dalam tubuh manusia terbahagi. Pembahagian 
sesuatu sel berlangsung antara 20 dan 80 minit, dan maklumat dalam DNA 
perlu disalin dan digandakan dalam jangka masa tersebut. Dengan erti 
kata lain, 3 bilion cebisan maklumat dalam DNA disalin tanpa ada 
kesilapan atau ketinggalan.
 
 Proses penggandaan berjalan sangat lancar sehinggakan kadar kesilapan hanyalah satu dalam 3 bilion pasangan asas.
 
 Kesalahan yang satu ini dihapuskan oleh mekanisme kawalan yang lebih 
tinggi di dalam tubuh tanpa mengakibatkan sebarang masalah. Semasa DNA 
sesuatu sel disalin, enzim-enzim mengawal komposisinya.
 
 Jika berlaku satu kesilapan yang tidak dapat ditebus semasa replikasi 
DNA, dan andai enzim gagal memperbaikinya – yang terakhir ini merupakan 
satu kemungkinan yang sangat jauh – ini bermakna satu kecacatan besar 
untuk DNA tersebut.
 
 Untuk mendakwa bahawa satu campur tangan rawak yang akan menghapuskan 
susunan luarbiasa dalam molekul yang amat sempurna dan besar seperti 
DNA, yang membawa satu juta hamalan informasi, menambah maklumat baru ke
 atasnya, melambangkan satu kegagalan pemikiran yang serius.
 -- credit kepada http://ms.harunyahya.com